Sarawak harap langkah keselamatan LNG beri jaminan lindungi aset

KOTA SAMARAHAN – Sarawak berharap langkah keselamatan yang dilaksanakan di kemudahan gas asli cecair (LNG) Bintulu dapat memastikan aset strategik negeri itu kekal selamat sekiranya benar wujud ancaman keselamatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut kerana setakat ini ancaman tersebut belum jelas dan hanya dilaporkan oleh media.

“Kita belum dapat pastikan bentuk ancaman yang dimaksudkan. Namun, apa juga bencana boleh berlaku pada bila-bila masa. Buat masa ini, kita akan tunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak berkuasa,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menegaskan kerajaan negeri akan mendapatkan laporan terkini mengenai situasi berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah bersesuaian dapat diambil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ke-9 Forum Kejuruteraan Awam Euro Asia di pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan susulan laporan ancaman yang tidak diperincikan.

MKN dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu perlu bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

Related Posts

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

TEMERLOH – Seorang pemandu lori didakwa membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 31 Ogos lalu. Menurut laporan Berita Harian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak