RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 2025 dibentang

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 bagi memperkukuh pentadbiran dan kawal selia institusi pendidikan agama Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, enakmen baharu itu menggantikan undang-undang sedia ada sejak 1996 yang tidak pernah dipinda lebih 20 tahun.

“RUU ini penting untuk memastikan sekolah agama Islam kekal relevan, berdaya saing dan mampu mendepani cabaran pendidikan semasa,” katanya ketika membentangkan usul tersebut pada Selasa.

Antara pindaan utama termasuk mewajibkan permohonan rasmi sebelum membuka sekolah (Fasal 6), menetapkan kelayakan ahli Jemaah Pengurusan Sekolah serta memastikan sumber kewangan diperoleh secara sah (Fasal 8).

RUU itu turut melibatkan pindaan terhadap beberapa peruntukan lain dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Saarani menjelaskan, draf berkenaan telah melalui penelitian Jawatankuasa Teknikal Penggubalan, dibincangkan di peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 6 Ogos lalu.

Sejurus dibentangkan, RUU tersebut dibahaskan oleh 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melibatkan lima wakil kerajaan dan 10 pembangkang.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung