Muhyiddin ingkar, derhaka Raja-raja Melayu – Sany Hamzan

PUTRAJAYA – Sekiranya diimbas kembali tempoh sepanjang Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, sudah beberapa kali beliau menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, amat bernas titah dan saranan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya pihak polis mengambil tindakan tegas kepada Muhyiddin menzahirkan yang secara sengaja dan sinis memperlekeh serta mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menurut Mohd Sany, Al-Sultan Abdullah pernah memerintah negara dalam tempoh yang sukar buat Malaysia setelah beberapa kali bertukar ganti Perdana Menteri.

“Kalau kita ingat semula tempoh pemerintahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, beberapa kali dia ingkar dan derhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong soal pembukaan parlimen itu sendiri.

“Dan yang kedua penubuhan Kerajaan Perpaduan yang diminta oleh selepas selesai sahaja Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Jadi terbukti sekarang ini kita lihat siapa yang menderhaka kepada institusi beraja di negara kita,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press pada Isnin.

Hari ini, Pengerusi Perikatan Nasional itu mempertahankan ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini, sebagai fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja atau kecenderungan menghasut.

Muhyiddin percaya kenyataannya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

Tambah Mohd Sany, Muhyiddin wajib dikenakan tindakan supaya situasi ini menjadi pelajaran kepada masyarakat agar menghormati Raja-raja Melayu sebagai payung negara.

“Tindakan tegas segera harus diambil agar menjadi satu pengajaran dan contoh yang berguna kepada masyarakat supaya memandang tinggi institusi beraja di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah.

Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R merujuk raja, agama dan kaum.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak