MITI sasar RM300 bilion pelaburan hijau

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, antara 2017 dan 2023, Malaysia mencapai pelaburan hijau yang direalisasikan berjumlah kira-kira RM40 bilion.

“Menerusi Strategi Pelaburan Hijau (GIS), kita merancang untuk meningkatkan jumlah itu kepada RM300 bilion menjelang 2030.

“Itu adalah sasaran yang sangat agresif tetapi itulah sasaran yang perlu kita capai.

“Ini adalah peningkatan 7.5 kali ganda yang kita perlukan, dan ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasar untuk mencapai RM300 bilion dalam dekad akan datang agar kita boleh mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman GIS, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, GIS dirangka dengan mengambil kira pelbagai dasar utama untuk menjamin pendekatan yang menyeluruh, bersifat saling melengkapi dan juga bagi memastikan tiada pertindihan dasar.

GIS melengkapi dasar jangka panjang negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Kerangka Ekonomi MADANI, yang menetapkan hala tuju pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter