Ugutan jenayah saksi inkues Zara keterlaluan – Fahmi

TAWAU – Tindakan seorang bekas guru besar di Semporna yang mengugut melanggar lari saksi pertama inkues kematian Zara Qairina Mahathir adalah keterlaluan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“Kita berhak bersuara tapi ada hak dan batasnya. Tidaklah sampai kita memfitnah mengaibkan orang sehingga melanggar undang-undang.

You have to draw a line. This is too much. Tetapi kita serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya yang kesal insiden terbabit.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Bersama Komuniti dan Peluncuran PRIME Peringkat Negeri Sabah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Imam, di sini, pada Ahad.

Pada pagi Ahad, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam satu kenyataan medianya memaklumkan pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun yang mengugut Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu.

Lelaki berkenaan menerusi Facebook dengan akaun ‘Amung Kamaruddin’ ditahan pukul 7 pagi selain telefon bimbit miliknya turut dirampas.

Sementara itu, Fahmi turut menasihati pengguna media sosial agar berhati-hati dengan penyebaran berita palsu termasuk insiden Zara.

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pun telah memaklumkan tidak ada kaitan dengan mana-mana VIP atau VVIP dan ada pihak yang masih menyebarkan poster-poster kononnya ada kaitan dengan Menteri KPDN.

“Tak ada kaitan langsung. Kononnya ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, tidak ada kaitan langsung ataupun dengan TYT sendiri tidak ada kaitan,” tegasnya.

Dalam pada itu katanya, lebih 40 kandungan palsu yang dimuat naik berhubung insiden seorang wanita bertindak naik ke pentas utama mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2025 diambil tindakan oleh MCMC.

“Kita dapati lebih 40 kandungan palsu ini bersifat 3R dan tuduhan terhadap insiden itu adalah wanita berkenaan wanita Cina tapi sebenarnya dia adalah wanita Melayu.

“Susulan itu, tiga orang termasuk seorang ADUN telah dipanggil kerana menyebar berita palsu dan disalahgunakan untu penyebaran fitnah.

“Kami telah minta melalui MCMC untuk padamkan akaun-akaun itu,” ujarnya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung