Polis tahan warga emas 61 tahun, ugut pakar patologi kes Zara Qairina

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi yang terlibat dalam siasatan kes kematian Zara Qairina binti Mahathir.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ia susulan daripada laporan yang diterima pada 5 September lalu mengenai satu hantaran di laman Facebook yang menggunakan akaun bernama ‘Amung Kamaruddin’.

“Pada 7 September 2025, lebih kurang pukul 7.00 pagi, di perkarangan IPD Semporna, Sabah, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit jenama Redmi.

“Hasil semakan awal ke atas gajet tersebut mendapati suspek merupakan pemilik akaun Facebook ‘Amung Kamaruddin’ yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi terbabit,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Justeru itu, PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menimbulkan keresahan masyarakat.

“Orang ramai digesa untuk sentiasa peka dan berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial, selaras dengan prinsip undang-undang serta keharmonian masyarakat,” jelasnya.

Tegas beliau, PDRM memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu