Fitnah murahan musuh politik: Anwar bekerja, mereka buat cerita

KEBELAKANGAN ini, media sosial sekali lagi dipenuhi dengan fitnah murahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari label ‘bekas banduan’ hinggalah tuduhan kononnya Malaysia menjadi tempat persembunyian penjenayah politik, semua ini hanyalah kitaran lama politik kebencian yang sengaja diulang demi menanam persepsi negatif terhadap Kerajaan MADANI.

Terbaharu, muncul dakwaan yang dibuat dalam bentuk pertanyaan, adakah Anwar akan melindungi bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang dikatakan lari meninggalkan negaranya kerana bimbang dipenjarakan.

Ini kononnya kerana Anwar melantik Thaksin sebagai penasihat peribadi Perdana Menteri, sedangkan Thaksin dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai ASEAN, bukan seperti yang sengaja diputar belit.

Hakikatnya jelas. Yang ada hanyalah fitnah yang digoreng oleh pihak pembangkang untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Fakta dan realiti

  1. Anwar Ibrahim pernah melalui episod hitam fitnah dan penjara, namun beliau dibebaskan melalui proses undang-undang dan kini dipilih menjadi Perdana Menteri yang sah. Mengungkit isu lama hanyalah taktik basi yang sudah ditolak rakyat.
  2. Hubungan Malaysia–Thailand adalah hubungan diplomatik rasmi, bukan urusan peribadi Anwar. Segala kerjasama dengan Thailand berlandaskan kepentingan rakyat dan kestabilan serantau ASEAN.
  3. Tuduhan kononnya keluarga Anwar mahu ‘sakau duit negara’ adalah naratif kosong. Hakikatnya, Kerajaan MADANI sedang giat memperkenalkan reformasi fiskal, membanteras ketirisan dan memastikan hasil negara kembali kepada rakyat.

Lawan fitnah dengan kebenaran

Apa yang jelas, mereka yang menyebarkan fitnah ini ketandusan idea dan dasar. Ketika kerajaan sibuk menumpukan kepada isu rakyat menurunkan kos sara hidup, meningkatkan pelaburan asing, memperkukuh keselamatan makanan pembangkang pula masih hanyut dengan propaganda jijik.

Rakyat sudah muak dengan politik fitnah. Malaysia MADANI tidak akan tunduk kepada budaya politik lapuk yang menjadikan pembohongan sebagai senjata

Kepada pencipta dan penyebar fitnah: rakyat melihat, rakyat menilai. Semakin banyak fitnah ditabur, semakin terserlah kelemahan hujah anda.

Kerajaan MADANI tidak akan berhenti bekerja. Fitnah boleh direka, tetapi kebenaran tetap teguh. Rakyat bersama Anwar Ibrahim kerana mereka tahu, inilah Perdana Menteri yang berjuang untuk mereka, bukan untuk melindungi penjenayah.

“Mereka sibuk mencipta cerita, Anwar sibuk bekerja untuk rakyat.”

“Sek-sek ning main pitenoh tok ingat surga neraka, mapuh kerah. Hok tukang sebor tu serban lilit rapak jik atah paler.”

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram