Mana suara pembangkang bila institusi raja Pahang diheret ke pentas politik?

PULUHAN laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak dengan merujuk kepada ucapan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Laporan polis ini bukan sahaja dibuat oleh orang UMNO Pahang semata, bahkan wakil Istana Pahang juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kuantan, malam tadi.

Semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada Kerajaan Perpaduan Pahang juga sekata dalam hal ini – Muhyiddin perlu bertanggungjawab – satu tindakan tegas wajar diambil supaya menjadi pengajaran.

Namun, sehingga hari ini, belum ada kenyataan atau pendirian rasmi dibuat oleh barisan ADUN pembangkang Pahang.

Bahkan, Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga ADUN Cheka belum bersuara.

Begitu juga Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar juga kekal diam dan tidak menyatakan pendirian parti itu dalam hal membabitkan kedudukan dan kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Adakah Pas Pahang masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada pimpinan PN Pusat sebelum membuka mulut.

Tidakkah mereka merasakan tindakan Muhyiddin itu sedikit melampau kerana mempersoalkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Dua ADUN Bersatu di Pahang – ADUN Kuala Sentul dan Lepar – sepatutnya tampil untuk menjelaskan situasi sebenar bagi menjernihkan keadaan.

Tapi mungkin mereka belum dapat ‘wahyu’ untuk berbuat demikian.

Sementara menunggu ‘wahyu’ itu, maka bolehlah kita anggap pembangkang di Pahang belum matang untuk membuat keputusan sendiri, semuanya masih bergantung kepada ‘arahan’ daripada pimpinan Pusat.

Pelbagai komen di laman sosial berkait dengan isu ini menunjukkan rakyat Pahang marah dan kurang senang dengan tindakan Muhyiddin.

Malah ada juga mula mempersoalkan, kenapa selepas lebih dua tahun berlalu, Muhyiddin masih mengungkit kisah lama yang menyaksikan beliau gagal dilantik sebagai perdana menteri untuk kali kedua.

Cerita Muhyiddin ketika berucap di Nenggiri itu menggambarkan beliau belum boleh menerima kenyataan bahawa PN tidak menjadi kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum ke-15.

Sedangkan umum mengetahui Al-Sultan Abdullah sudah mempelawa semua parti duduk bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, Muhyiddin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak cadangan itu.

Sepatutnya, pembangkang lebih realistik dalam perkara ini dan bergerak ke depan dengan memberi tumpuan kepada persiapan mendepani pilihan raya umum ke-16.

Berhentilah mencipta nostalgia yang meletihkan rakyat dengan permainan politik sepanjang masa.

Related Posts

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PENDEKATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara memperlihatkan kecenderungan untuk tidak terlalu melayan tekanan serta kritikan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas pentadbiran dan usaha memperkukuh kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia