Muhyiddin persoal kuasa Agong, Ahli Parlimen DAP lapor polis

PUTRAJAYA – Seorang Ahli Parlimen DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Berdasarkan laporan polis, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer percaya
ucapan Muhyiddin mungkin mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Bersatu itu secara jelas membuktikan pembangkang mahu menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-raja Melayu.

“Pada 16 Ogos, semasa saya berada di pejabat saya di Jalan Zainal Abidin, Pulau Pinang, saya telah menonton satu (klip) TikTok di mana dalam TikTok tersebut Muhyiddin iaitu bekas perdana menteri dan juga presiden Bersatu telahpun membuat satu ucapan yang saya percaya telah dibuat dalam satu sesi ceramah kempen PRK di Nenggiri, Kelantan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan dibuat Muhyiddin itu di sisi undang-undang jenayah negara Malaysia berunsur satu penghasutan dan penghinaan kepada institusi diraja yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat terhadap institusi diraja,” katanya yang membuat laporan di balai polis Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Sehubungan itu, Rayer menggesa agar Muhyiddin disiasat di bawah Akta Hasutan, sama seperti yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Sanusi didakwa di Mahkamah Shah Alam kerana membuat kenyataan 3R (kaum, agama, dan raja), jadi perkara yang sama harus dilakukan terhadap Muhyiddin.

“Apa yang diucapkan oleh Muhyiddin adalah fitnah dan merendahkan kuasa serta maruah Agong. DAP akan mempertahankan kesucian institusi diraja,” katanya.

Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sokongan yang peroleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

Ceramah oleh Presiden Bersatu itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan