FAMA bantu usahawan tingkat kualiti produk

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis terus memperkukuh peranan membantu usahawan dengan menyalurkan geran pembungkusan bernilai RM75,000 kepada 18 usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) di negeri ini.

Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata, bantuan tersebut bertujuan meningkatkan imej dan kualiti produk sekali gus menembusi pasaran yang lebih luas.

“Geran ini memberi manfaat kepada 18 usahawan yang menghasilkan pelbagai produk termasuk makanan kering, konfeksi, pes makanan, produk retort dan produk sejuk beku,” katanya.

Menurut beliau, sehingga Ogos tahun ini, FAMA telah menyalurkan geran, bantuan dan latihan bernilai RM361,000 kepada 218 usahawan di Perlis.

Katanya, ia melibatkan usahawan Pasar Tani, Usahawan Industri Makanan, Agropreneur Muda serta peserta Padanan Bekalan dan khidmat latihan di bawah Keusahawanan Pemasar.

“FAMA menyeru agar usahawan terus merebut peluang dengan memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan supaya kualiti produk dan perniagaan dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan pembungkusan dan pelabelan produk usahawan kepada penerima geran IMAT terbabit.

Langkah itu diyakini mampu menambah nilai produk tempatan sekali gus memperkukuh daya saing usahawan kecil di negeri ini.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka