Phenytoin lazim diberi kepada pesakit kecederaan otak serius – Pakar Patologi

KOTA KINABALU – Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pengunaan ubat phenytoin lazimnya bagi kegunaan pesakit yang mengalami kecederaan otak traumatik serius.

Ketika disoal Peguam Bela, Datuk Ram Singh, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ubat berkenaan diberikan kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, ketika dirawat di hospital.

“Saya tidak pasti sama ada diberi atau tidak, tetapi dimaklumkan bahawa doktor yang merawat secara rutin akan memberi phenytoin sebagai rawatan pencegahan kepada pesakit dengan kecederaan otak traumatik yang serius,” katanya semasa prosiding inkues, di Mahkamah Koroner, pada Khamis.

Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau mempunyai akses kepada rekod perubatan arwah Zara sebelum atau selepas proses bedah siasat, Dr Jessie menyatakan hanya rekod kemasukan hospital pada 16 hingga 17 Julai 2025 yang diperoleh.

Mengulas laporan bedah siasat yang menyatakan punca kematian sebagai ‘severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy’, Dr Jessie menerangkan ia bermaksud trauma utama pada otak telah menyebabkan otak membengkak.

“Seperti yang saya jelaskan mengenai kecederaan primer dan sekunder, apabila ada trauma utama pada otak yang menyebabkan kecederaan serius, otak akan bertindak balas dengan membengkak.

“Apabila otak bengkak, aliran darah ke otak tersekat, menyebabkan bekalan oksigen berkurangan.

“Ini merosakkan sel otak. Proses ini yang berlaku selepas kecederaan sehingga membawa kepada kematian.

“Pengurangan aliran darah dan oksigen ke otak yang merosakkan sel otak itulah maksud istilah tersebut,” ujarnya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN