Melaka umum pelarasan gaji penjawat awam negeri November ini

AYER KEROH – Lebih 4,000 penjawat awam negeri Melaka akan menerima berita gembira pada November ini sempena Pembentangan Bajet Negeri 2025 yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perkara berkenaan masih di peringkat perbincangan memandangkan kerajaan negeri masih meneliti beberapa perkara berkenaan.

“Kita akan bentang masa pembentangan bajet ada November nanti,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji akan dilaksanakan pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan berikutnya pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus turut diberikan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Related Posts

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM