Richard Chin dapat panggilan Harimau Malaya

RICHARD Chin menjadi antara muka baharu yang mendapat kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski apabila disenaraikan dalam skuad 29 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula minggu depan.

Pemain kelahiran England berusia 22 tahun itu beraksi bersama kelab Raith Rovers FC di Liga Scotland, menyertai tiga lagi muka baharu iaitu Sergio Aguero (Kanchanaburi Power), Mohd Suhaimi Husin (Terengganu) dan Azam Azmi Murad (Terengganu) dalam senarai rasmi kali ini.

Secara keseluruhan, Cklamovski mengekalkan 25 pemain daripada skuad menewaskan Vietnam pada aksi Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 sebelum ini.

Seorang lagi pemain warisan, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis City, diletakkan dalam senarai bersedia bersama 14 pemain lain sekiranya berlaku perubahan saat akhir terhadap senarai utama.

Harimau Malaya akan menjalani latihan berpusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September ini sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1.

Malaysia akan menentang pasukan Singapura yang kini berada di ranking dunia ke-159 pada 4 September di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seterusnya, skuad negara akan menyambung latihan berpusat di Johor Bahru bermula 5 September sebelum bertemu pasukan ranking ke-98 dunia, Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 September.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai