PMX buat kejutan tinjau persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan mengejut yang turun padang bagi meninjau persiapan akhir raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pada Jumaat.

Anwar tiba kira-kira 8.30 pagi dan sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir menyaksikan raptai, di samping menyaksikan segmen persembahan grafik manusia yang bakal menjadi tarikan utama sambutan kali ini.

Perdana Menteri turut diberi taklimat ringkas mengenai persiapan keseluruhan acara bersejarah itu, yang dijadual berlangsung pada Ahad ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang hadir lebih awal iaitu kira-kira 7.30 pagi turut mengiringi Perdana Menteri bagi meninjau kelancaran raptai di pentas utama, termasuk kawalan lalu lintas serta penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan sekolah.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan tahun ini dijangka lebih meriah dengan pembabitan lebih 14,000 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias serta persembahan seni budaya, selain 14 das tembakan meriam semasa nyanyian lagu Negaraku.

Selain perarakan, pelbagai pengisian menarik bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pengunjung sepanjang sambutan Hari Kebangsaan, antaranya segmen Riuh Merdeka.

Riuh Merdeka menampilkan 20 persembahan termasuk daripada artis terkenal serta tayangan filem terbuka yang akan berlangsung di tapak parkir Monumen Alaf Baru di Presint 2 bermula 12 tengah hari pada 30 Ogos ini sehingga keesokannya.

Pengunjung juga berpeluang menonton pelbagai filem tempatan menerusi program Tayang Filem Terbuka@Riuh Merdeka mulai 2 pagi hingga 6 pagi pada 31 ogos ini.

Selain itu, terdapat 50 vendor makanan dan minuman, 30 vendor jenama tempatan serta bengkel kreatif disediakan bagi memberi kelainan kepada pengunjung.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan