PRN17 Sabah: Hajiji percaya GRS kekal jadi pilihan utama

TAMBUNAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, berikutan sentimen kuat untuk parti tempatan menerajui kepimpinan negeri.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri pada masa ini disokong lapan parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanahairku (STAR); Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Gagasan Rakyat; Sabah Progressive Party (SAPP); Parti Harapan Sabah, United Sabah National Organisation (USNO); Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

“Lapan parti tempatan ini adalah harapan kita dalam PRN akan datang.

“Sentimen rakyat sangat kuat untuk parti tempatan memimpin politik Sabah dan peluang ini tidak boleh disia-siakan,” katanya ketika berucap pada program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 di Dataran Pisompuruan, di sini pada Khamis.

Menurut Hajiji, PRN akan datang merupakan peluang terbaik untuk rakyat Sabah memastikan kemenangan cemerlang GRS.

“Saya mahu rakyat bersatu. Pemimpin GRS di Tambunan mesti menang dan kita ada pemimpin yang baik di sini iaitu Datuk Seri Jeffrey Kitingan,” katanya.

Hajiji berkata, sepanjang lima tahun lalu, pentadbiran negeri di bawah GRS telah menunjukkan pencapaian kukuh dalam membawa pembangunan serta membangunkan semula ekonomi berasaskan tiga teras iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Katanya, dalam sektor pertanian, kerajaan negeri telah menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah dengan matlamat meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Bagi sektor perindustrian, dasar mesra pelabur kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan berimpak tinggi termasuk dari Singapura yang membawa masuk pelaburan bernilai RM31 bilion melalui tiga fasa.

“Pelaburan ini bukan sahaja menjana ekonomi negeri malah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, katanya, pelbagai inisiatif kebajikan turut dilaksanakan termasuk pemberian bantuan bulanan RM300 kepada kira-kira 100,000 golongan miskin dan miskin tegar di Sabah selama setahun.

“Kerajaan negeri juga telah membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion untuk membantu 70,000 penerima bantuan kebajikan manakala RM1.33 bilion pula diperuntukkan bagi pembangunan modal insan melalui sektor pendidikan,” katanya.

Dalam ucapannya, Hajiji turut mempersoalkan rekod pencapaian Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya ingin bertanya kepada Shafie, apa yang beliau telah lakukan sepanjang dua setengah tahun menjadi Ketua Menteri dan juga ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar selama hampir tujuh tahun?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan rakyat tidak boleh membuat pilihan yang salah pada PRN akan datang.

Related Posts

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta