Pembangkang kitar semula fitnah ‘Kampung Baru Cina UNESCO’ untuk sanggah RUU PSB

TULAR semula dakwaan kononnya Nga Kor Ming dan Kerajaan MADANI mahu mengisytiharkan Kampung Baru Cina sebagai ‘Tapak Warisan UNESCO’ untuk menghalang pemaju serta menindas kampung Melayu di sebalik kehangatan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 di Dewan Rakyat.

Naratif ini jelas sekali hanyalah politik takut-takut pembangkang yang sudah ketandusan modal.

Pertama, benar kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan besar kepada pembangunan Kampung Baru Cina — RM121.38 juta pada tahun 2024, meningkat berbanding RM107.07 juta pada 2023. Tetapi ini adalah sebahagian daripada dasar menyeluruh kerajaan untuk membangunkan semua komuniti, termasuk kampung tradisi Melayu, Orang Asli dan FELDA. Kenapa pembangkang hanya memilih untuk menyerang satu sudut?

Kedua, isu UNESCO. Hakikatnya, tiada mana-mana kampung di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO. Apa yang ada hanyalah cadangan awal oleh badan profesional (ICOMOS), yang belum pun melalui sebarang proses rasmi kerajaan. Malah, Menteri Pelancongan dan Warisan sendiri sudah menegaskan bahawa belum ada permohonan dihantar kepada UNESCO.

Proses UNESCO bukan mudah

Untuk makluman, jika kerajaan benar-benar mahu memohon status UNESCO, prosesnya panjang dan memerlukan kajian mendalam, kelulusan kerajaan negeri, Jabatan Warisan Negara, MOTAC dan akhirnya kerajaan pusat sebagai wakil rasmi. Mustahil seorang menteri boleh ‘suka-suka’ mengisytiharkan status warisan tanpa prosedur sah.

Propaganda ‘takut-takut’

Dakwaan kononnya bila dapat status warisan maka kampung itu tidak boleh disentuh langsung adalah bohong semata-mata. Realitinya, status warisan hanya membawa kawal selia pembangunan, bukan larangan mutlak. Ia sama sekali tidak menggugat perancangan semula bandar mahupun kepentingan Melayu.

Pas & PN: Lebai fitnah, Melayu tertinggal

Lebih memalukan, yang paling kuat meniup api fitnah ini ialah Pas dan Perikatan Nasional. Lebai kononnya juara Melayu, tetapi kampung-kampung Melayu di Kelantan dan Terengganu terus mundur, air pun tak selesai, peluang pekerjaan pun gagal diwujudkan.

Mereka cuba mengalihkan kegagalan sendiri dengan menakut-nakutkan orang Melayu. Sambil mulut bercakap soal perjuangan Islam, tangan mereka sibuk menjual tanah negeri kepada kroni. Inilah hipokrasi lebai politik — cakap lain, buat lain.

Apa yang jelas, propaganda ‘Kampung Baru Cina UNESCO’ hanyalah fitnah terancang pembangkang untuk meniupkan sentimen perkauman. Mereka mahu menanam persepsi kononnya kerajaan MADANI mengabaikan Melayu, sedangkan hakikatnya kerajaan hari ini lebih seimbang dalam memberi pembangunan kepada semua komuniti.

Pembangkang sudah ketandusan isu. Lalu mereka reka cerita, meniup fitnah dan cuba membakar api perkauman. Rakyat tidak boleh termakan dengan politik kotor sebegini.

Kerajaan MADANI kekal fokus membela semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Pas dan PN boleh terus menjerit di pentas ceramah, tetapi rakyat makin celik — mereka tahu siapa yang bekerja dan siapa yang hanya menabur fitnah.

Jelas di sini oleh kerana ketandusan idea untuk menyanggah RUU PSB pihak pembangkang mengitar semula isu tapak warisan UNESCO.

“Berat nanang sungguh sek Pas ning, takdok modal kitor balik pitenoh sebor dalam wassak, tok ingat surge nerake, pioh atah paler sokmo tu.”

Related Posts

Onn Hafiz terperangkap dengan isu ‘bebaskan Bossku’- Norman

TINDAKAN Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat naratif kerinduan terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah politik yang akhirnya memakan diri sendiri. Penganalisis politik, Norman Radzuan berkata, isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memahami jasa, pengorbanan merentasi 70 tahun usia FELDA

TAHUN ini genap tujuh dekad FELDA memberi bakti kepada warga peneroka di seluruh negara. Bermula di Lurah Bilut, dekat Bentong, Pahang, program tanah rancangan diperkenalkan Tun Abdul Razak itu sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi