RUU PSB ditangguh untuk penelitian lanjut

RANG Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ditangguhkan untuk diperhalusi dan dibentangkan semula dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Oktober.

RUU tersebut dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sebelah petang ini, namun tidak akan dibahaskan sebelum keputusan penangguhan dibuat.

Difahamkan, penangguhan tersebut dibuat susulan beberapa kebimbangan dan bantahan yang dibangkitkan, termasuk oleh Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan bahawa Ahli-ahli Parlimen BN bersetuju agar RUU PSB ditangguhkan.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama dalam kalangan Ahli Parlimen BN.

RUU PSB turut menerima bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk menerusi satu perhimpunan yang diadakan di hadapan pintu masuk Parlimen minggu ini, yang mendesak supaya kelulusan rang undang-undang tersebut dihentikan.

Untuk rekod, RUU PSB telah dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Khamis lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat hari ini, RUU tersebut sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua selepas selesai urusan berkaitan RUU Pekerja Gig 2025.

Sidang Dewan Rakyat seterusnya dijadual berlangsung dari 6 Oktober hingga 4 Disember 2025 selama 35 hari, yang merupakan sebahagian daripada Persidangan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.

Sidang tersebut akan memberi tumpuan kepada pembentangan, perbahasan dan kelulusan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026, yang dijangka dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 10 Oktober ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar