Pas sibuk lawan ‘sekular’, tapi buat-buat buta dengan golongan ekstrem

PAS nampaknya terus-terusan menjadikan ‘sekular’ sebagai momok politik. Dari ceramah hingga ke media sosial, walaun diindoktrinkan bahawa sekular itu kafir, sesat, keluar Islam. Malangnya, mereka tutup mata dengan satu lagi ancaman besar dalam agama: ghuluw – sikap melampau, fanatik, taasub, dan memusuhi orang lain atas nama agama.

Fikrah songsang yang ditanam Pas

Kita selalu dengar walaun Pas bangga bila kata: “Lebih baik aku jadi Khawarij daripada jadi sekular, sebab Khawarij itu Islam juga.” Inilah bukti bagaimana minda mereka sudah diracuni. Mereka takut dengan sekularisme, tetapi langsung tak nampak bahaya ekstremisme. Padahal Nabi ﷺ sudah berpesan: “Jauhilah ghuluw dalam agama, kerana binasa umat sebelum kamu ialah kerana ghuluw.”

Amanat Hadi – akar kepada budaya takfiri

Sejarah sudah membuktikan. Amanat Haji Hadi 1982 menjadi titik tolak budaya kafir-mengkafir. Rakyat dipecahkan, masjid diasingkan, keluarga berantakan. Semua itu lahir daripada sikap ghuluw – tafsir agama ikut politik kepartian. Hari ini, penyakit yang sama merebak di media sosial: melaknat, menuduh orang munafik, melabel kafir, malah menghalalkan penghinaan

Islam bukan kiri atau kanan, Islam ialah wasatiyyah

Islam tidak mengajar umatnya menjadi sekular yang menolak agama, tetapi Islam juga tidak merestui ghuluw yang melampau. Dua-duanya adalah penyakit yang merosakkan umat. Jalan yang benar adalah jalan pertengahan, wasatiyyah – yang kini menjadi dasar pentadbiran Kerajaan MADANI.

Realiti berbeza dengan fitnah Pas

Pas sibuk menuduh pihak lain sekular, sedangkan hakikatnya kerajaan yang mereka tuduh itulah yang paling banyak membantu pendidikan Islam. Pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat – semuanya mendapat sokongan dan pembelaan daripada kerajaan. Kalau ini dikatakan sekular, maka sekularlah yang sebenarnya menegakkan agama!

Bahaya ghuluw dalam Pas hari ini

Ghuluw bukan lahir daripada orang jahil. Ia lahir daripada mereka yang ada ilmu tetapi tersasar kerana terlalu fanatik. Inilah wajah walaun hari ini – berzikir di masjid, tetapi di WhatsApp sibuk mengqazaf, menabur fitnah, memaki orang lain dengan bahasa kesat. Tidakkah ini jelas bertentangan dengan akhlak Islam?

Umat perlukan ulama yang adil, bukan ulama politik

Nabi ﷺ sudah berpesan bahawa setiap generasi akan lahir ulama adil yang menapis penyelewengan golongan melampau. Ulama sebenar ialah yang menjaga amanah, menegakkan akhlak, memilih jalan wasatiyyah, dan tidak tunduk kepada kepentingan parti. Malangnya, Pas hanya mengangkat ulama yang mengikat lidah mereka kepada agenda politik, bukan kepada kebenaran.

Hari ini, rakyat perlu jelas: ancaman terhadap umat bukan sekadar sekularisme, tetapi juga ghuluw yang dibajai oleh politik kepartian. Pas memilih untuk memusuhi sekular tetapi menutup mata dengan ekstremisme kerana ekstremisme itu menjadi ‘bahan bakar’ survival politik mereka.

Kerajaan MADANI pula memilih jalan seimbang – memartabatkan agama tanpa meminggirkan pembangunan, menegakkan syiar tanpa menindas sesiapa.

Inilah wasatiyyah sebenar, dan inilah Islam yang rahmatan lil alamin.

Related Posts

PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

KENYATAAN media rasmi Biro Politik Bersatu pada 24 Mei 2026 dilihat bukan lagi sekadar penjelasan terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetapi menjadi petunjuk paling jelas bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik ‘Bela Rakyat’ Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

SEJAK mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, kerajaan Pas Terengganu membina imej sebagai kerajaan yang kononnya paling memahami denyut nadi rakyat. Pelbagai slogan digunakan termasuk “membela rakyat”, “mengurangkan beban kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman