Lebih 40 kenderaan dijilat api

LEBIH 40 kenderaan termasuk motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel tayar di Seksyen 24 Shah Alam, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dalam kejadian itu seorang lelaki tempatan berusia 30-an iaitu pekerja bengkel di situ cedera ringan.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.31 malam, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel tayar berkeluasan 5,000 kaki persegi.

“Dianggarkan premis berkenaan terbakar 90 peratus melibatkan struktur bangunan, 37 buah kereta berlainan jenis serta tujuh buah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa berada dalam premis ketika kebakaran dan hanya seorang pekerja bengkel melecur di tangan kerana ingin mengalihkan kenderaan.

Jelasnya, mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke hospital oleh keluarga serta dilaporkan stabil.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada jam 2.31 pagi tadi,” katanya.

Related Posts

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

TAWAU – Penurunan harga diesel yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah positif, bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira geografi dan cabaran logistik di Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama kediamannya di aras 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi