Hutang baharu kerajaan tidak bertambah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dan hutang baharu negara, meskipun isu tersebut sering dijadikan polemik oleh pihak tertentu.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara hari ini, beliau menjelaskan bahawa defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus, dan diunjurkan susut lagi kepada 3.8 peratus pada tahun hadapan.

Menurut Anwar, dakwaan sesetengah pihak bahawa hutang negara bertambah di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI adalah tidak berasas.

“Sesetengah rakan saya di sebelah sana mendakwa bahawa hutang negara bertambah. Itu tidak benar. Hutang baharu kerajaan sebenarnya telah berkurangan. Saya telah membaca data beberapa kali.

“Hutang baharu yang sebelum ini mencecah RM100 bilion telah menurun kepada RM90 bilion, RM80 bilion dan kini RM70 bilion. Ini adalah usaha yang sedang kita laksanakan.

“Namun begitu, jumlah keseluruhan hutang meningkat disebabkan oleh faedah dan hutang sedia ada yang diwarisi, bukannya pinjaman baharu yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Jadi, tidak wajar mengatakan bahawa kerajaan semasa menambah hutang baharu,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa sasaran kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang ialah untuk menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus dan mengekalkan paras hutang di bawah 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tambahnya, kerajaan menyasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 menjelang tahun 2030, sekali gus melepasi ambang negara berpendapatan tinggi.

Di bawah RMK13, melalui pelaksanaan Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk meminimumkan perbelanjaan yang tidak mendesak bagi mencapai sasaran defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang tahun 2030.

Selain itu, kerajaan turut merancang untuk mengetatkan kawalan terhadap jaminan pinjaman kepada syarikat milik kerajaan serta melaksanakan rasionalisasi subsidi secara bersasar dan berperingkat.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka