Polis tahan 2 lelaki hantar ciapan serangan Israel ke kediaman PM

PUTRAJAYA – Dua pemilik akaun aplikasi X ditahan pihak polis selepas dikesan memuat naik ciapan menghasut dan ugutan jenayah mengenai serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tangkapan dibuat ke atas dua lelaki, masing-masing berusia 37 dan 43 tahun yang disyaki mengendalikan akaun @ChongKahtze dan @iFactoReal.

Menurut beliau, kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5 dan siasatan dimulakan sejurus laporan polis diterima.

“Akaun X @ChongKahtze memuat naik ciapan mengenai dakwaan Malaysia bakal diambil alih ekstremis sehingga mencetuskan revolusi.

“Manakala @iFactoReal memuat naik komen berkaitan serangan Israel ke atas kediaman Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Kumar berkata, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes kedua pula disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Katanya, bagi suspek pertama, mahkamah membenarkan reman dua bermula hari ini, manakala suspek kedua pula dibenarkan reman empat hari berakhir Khamis ini.

Kumar berkata, PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, ugutan jenayah dan boleh menimbulkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka