KPDN, Petronas jayakan kempen Jalur Gemilang libatkan 4,320 stesen minyak

PAPAR – Penyertaan sebanyak 4,320 stesen minyak di seluruh negara menyemarakkan Kempen Jalur Gemilang kluster industri sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Petronas. 

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kempen ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

“Ia bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 yang melibatkan tujuh kluster utama iaitu pendidikan, pendidikan tinggi, kesihatan, keselamatan, komuniti, industri dan agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Sempena Majlis Penyerahan Kit Jalur Gemilang (Kluster Industri) dan Pelancaran Kempen ‘Love Local’ di Stesen Minyak Petronas Papar, Bandar Papar, di sini pada Ahad.

Sementara itu, beliau berkata Petronas turut memaknai Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dengan melaksanakan Kempen ‘Love Local’ bermula 25 Ogos hingga 30 September 2025. 

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Petronas untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diselaraskan oleh KPDN bagi menggalakkan dukungan terhadap produk keluaran usahawan tempatan.

“Sepanjang kempen ini berlangsung, produk-produk keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan akan dipaparkan di ruangan rak khas Kedai Mesra PETRONAS yang ditandakan dengan logo KBBM sebagai strategi promosi sekali gus meningkatkan akses kepada para pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata pihaknya amat menghargai komitmen tinggi PETRONAS dalam mendukung agenda memajukan PMKS.

Tambah beliau, komitmen dari Petronas dapat dilihat melalui penjualan produk keluaran tempatan di lebih 850 premis rangkaian Kedai Mesra seluruh negara termasuk 50 Kedai Mesra di Sabah. 

“Setakat ini, Kedai Mesra mempunyai 1,842 pembekal produk tempatan. 

“Hasil jualan produk PMKS di rangkaian Kedai Mesra terus mencatatkan momentum peningkatan dari tahun ke tahun melebihi RM150 juta,” katanya.

Pada program tersebut, Armizan turut meluangkan masa untuk melawat dan mencuba sendiri produk jualan usahawan PMKS yang dipamerkan di Kedai Mesra Petronas.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi