MCMC siasat suspek menyamar pakar patologi terlibat bedah siasat Zara Qairina

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan individu yang menyamar sebagai pakar patologi serta mendakwa dirinya terlibat proses bedah siasat kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Agensi itu berkata, suspek dikesan berada berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam semalam, hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu yang turut bersama dalam sesi ‘TikTok Live’ menggunakan nama akaun “Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar”.

“Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa suspek bukan seorang pakar patologi.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses rakaman keterangan. Peralatan komunikasi suspek turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu, hari ini.

MCMC memaklumkan, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dengan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 588, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Kes ini juga turut disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan,” katanya.

MCMC menegaskan, sebarang penyebaran maklumat palsu terutama melibatkan isu sensitif berkaitan kematian, tragedi atau mangsa nahas, adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu