RM2.5 juta nilai dadah dan bot, tangkapan terbesar Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang hanyut di perairan berhampiran Stesen Papa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa kepada rampasan dadah terbesar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah, sebanyak 42 bungkusan termasuk bot bernilai RM2.5 juta.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, bot berkenaan diserahkan oleh pihak TLDM kepada Maritim Malaysia pukul 8.20 pagi, pada Isnin.

“Hasil pemeriksaan awal menemui tiga bungkusan mencurigakan di bahagian ‘bilges’ bot.

“Sebaik saja tiba di jeti Maritim Sepanggar, pemeriksaan lanjut bersama pasukan forensik dan siasatan berjaya menemukan 39 bungkusan yang disembunyikan dalam tangki simpanan air, menjadikan keseluruhan 42 bungkusan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, pada Selasa.

Katanya lagi, semua bungkusan berisi dadah berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.

“Ini adalah rampasan terbesar yang pernah direkodkan APMM Sabah setakat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup,” jelasnya.

Turut hadir bersama dalam sidang media tersebut, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan.

Related Posts

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

SARATOK – Sambutan Hari Gawai bukan sekadar acara tahunan bagi meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah ia menjadi lambang perpaduan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

GERIK – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan Puncak Gerik, Lebuhraya Timur-Barat (JRTB),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah