Tiada unsur dera dikesan dalam kes kematian pelatih Palapes

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur penderaan dalam kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin, 22, seperti yang didakwa sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam latihan itu menafikan berlakunya sebarang bentuk penderaan terhadap mangsa.

“Insiden ini berlaku ketika latihan di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) yang dijalankan dari 27 Julai hingga 2 Ogos. Allahyarham baru sehari memasuki kem latihan sebelum meninggal dunia pada 28 Ogos.

“Keterangan saksi, sama ada daripada pegawai Palapes mahupun kadet lain, menyatakan tiada perlakuan atau tindakan berbentuk penderaan sepanjang latihan.

“Jurulatih yang mengendalikan latihan juga mematuhi sepenuhnya arahan, garis panduan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2025 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kota Tinggi tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada jasad Allahyarham dan laporan itu turut disokong dapatan siasatan pihak polis.

“Petugas perubatan tentera yang hadir semasa kejadian mengesahkan semua bantuan awal diberikan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Punca kematian sebenar hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan atau dua bulan selepas laporan perubatan lengkap dikeluarkan.

“Kes ini tidak dikaitkan dengan insiden di Sabah sebelum ini, sambil menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh sekiranya terdapat sebarang petunjuk wujudnya unsur jenayah atau penderaan,” katanya.

Pada Selasa, keluarga Allahyarham Syamsul Haris menuntut siasatan telus dan segera dijalankan bagi merungkai punca sebenar kematian pelatih kadet Palapes itu yang disifatkan meragukan.

Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, dilaporkan berkata, beliau curiga dengan keadaan jenazah anaknya yang menunjukkan pelbagai kesan kecederaan ketika ditemui di unit forensik selepas dimaklumkan mengenai kematiannya.

Menurutnya, tanda pada dada arwah seolah-olah akibat dipukul atau dicucuk menggunakan objek, selain pendarahan teruk dari hidung yang berwarna pekat dan gelap, bukan merah seperti biasa.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung