Jadual tarif elektrik Semenanjung disemak semula selepas diguna sejak 2014

KUALA LUMPUR – Jadual tarif elektrik di Semenanjung disemak semula selepas hampir sedekad digunakan, berikutan perubahan ketara dalam perkembangan serta pembangunan industri tenaga negara.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, semakan itu selaras dengan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang menjadi asas penetapan tarif sejak 2014.

Menurutnya beliau, jadual tarif elektrik di Semenanjung telah digunakan oleh kerajaan semenjak 2014.

“Melalui mekanisme IBR, purata tarif asas akan dikaji setiap tiga tahun sekali termasuk kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikawal selia oleh kerajaan bagi tempoh tiga tahun ke hadapan.

“Semakan jadual tarif perlu dilaksanakan berikutan perubahan yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini,” katanya pada sesi jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Bagan, Lim Guan Eng yang meminta menyatakan jumlah keuntungan tahunan dan tambahan keuntungan yang boleh diperoleh oleh TNB selepas kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus ke atas sektor komersial pada 1 Julai dan bolehkah kenaikan ditangguhkan memandangkan keuntungan TNB memang naik lebih 70 peratus pada 2024.

Akmal berkata, kementerian dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sudah membuat semakan dan menstrukturkan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan di dalam jadual tarif elektrik sedia ada.

“Ia meliputi sembilan peratus kos tetap infrastruktur dan 91 peratus kos tenaga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang sudah diluluskan oleh kerajaan.

ST mengumumkan penetapan tarif itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 mengikut kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan