KPM beri jaminan keadilan terhadap kes Zara Qairina

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan menegakkan kebenaran dan keadilan berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memandang serius kes berkenaan dan telah menerima memorandum bertemakan #KeadilanUntukZara daripada wakil aktivis pelajar pada himpunan aman di Taman Tugu dan Pintu Utama Parlimen Malaysia, pagi tadi.

Memorandum itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Aminuddin Hassim sebelum perbincangan lanjut diadakan bersama wakil aktivis pelajar di Bangunan Parlimen.

Dalam kenyataan, Fadhlina berkata, empat tuntutan utama telah dikemukakan, termasuk reformasi menyeluruh sistem pendidikan bagi menangani isu buli, penganjuran sesi libat urus bersama gerakan mahasiswa dan masyarakat sivil, latihan mandatori berkala kepada guru serta warden, dan penjelasan terbuka kepada masyarakat mengenai tindakan yang telah diambil pihak sekolah.

“Bagi tuntutan pertama, KPM telah mengadakan audit keselamatan menyeluruh di institusi pendidikan, memperbaiki sistem aduan buli, serta menubuhkan jawatankuasa khas reformasi keselamatan. Kami tidak akan berkompromi dengan salah laku buli dan akan mengambil tindakan tegas seperti penggantungan dan buang sekolah terhadap pelaku buli,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Bagi tuntutan kedua, beliau berkata, KPM bersetuju mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi memperincikan garis panduan menangani salah laku buli yang sedang berkuat kuasa, selain terbuka menerima cadangan penambahbaikan.

Tambah Fadhlina, tuntutan ketiga pula akan dilaksanakan melalui pematuhan ketat garis panduan sedia ada, dengan penekanan kepada latihan berterusan bagi memastikan kesiapsiagaan pentadbir sekolah, guru dan warden.

“Kami juga memastikan latihan mandatori dan berkala diberikan kepada semua guru, pentadbir, dan warden agar mereka mampu mengurus intervensi krisis, pengurusan emosi pelajar, dan tatacara pengendalian aduan yang berpihak kepada mangsa dengan lebih profesional,” katanya.

Bagi tuntutan terakhir, beliau menegaskan bahawa KPM menyokong langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes berkenaan.

Perkembangan kes akan dimaklumkan oleh pihak polis dari semasa ke semasa.

“KPM amat berduka cita dengan tragedi yang menimpa Allahyarham anakanda Zara Qairina dan berharap kebenaran serta keadilan dapat ditegakkan,” kata kenyataan itu.

Himpunan aman pagi tadi turut dihadiri wakil aktivis pelajar yang kemudiannya mengadakan perbincangan bersama wakil Parlimen bagi membincangkan kebimbangan serta tuntutan yang terkandung dalam memorandum.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi