8 universiti awam rekod 31 kes buli sejak 2014 – Zambry

SEBANYAK 31 kes buli direkodkan di lapan universiti awam (UA) dalam tempoh 11 tahun sejak 2014, melibatkan insiden buli fizikal dan siber yang berpunca daripada faktor sosial, psikologi, pengaruh media sosial serta kurangnya pengawasan ibu bapa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pelajar UA yang terbabit dalam kes buli boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 3(1)(a)(2) Kaedah Tatatertib Pelajar yang telah diseragamkan melalui pindaan pada tahun 2024.

“Antara tindakan yang boleh diambil ialah amaran khidmat masyarakat mengikut peraturan yang dibuat oleh Lembaga tidak melebihi 24 jam, denda tidak melebihi RM500, larangan berada di mana-mana kampus untuk tempoh tertentu sama ada dibuang atau dilarang tinggal di kediaman siswa, digantung daripada status sebagai pelajar universiti untuk tempoh tertentu dan dibuang daripada universiti,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN–Alor Setar) mengenai langkah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengekang kejadian buli di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta.

Bagi IPT swasta, jelas Zambry, Seksyen 33 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 memperuntukkan tanggungjawab Ketua Eksekutif IPTS dalam menjalankan penyeliaan am termasuk berkaitan kebajikan dan disiplin pelajar, meliputi usaha pencegahan serta pengendalian kes buli secara menyeluruh.

“KPT tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan yang berlaku di IPT di bawah seliaan kementerian.

“KPT tidak akan melindungi pelaku dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional bagi setiap kes buli,” tegasnya.

Ujarnya, KPT komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di kampus sentiasa terpelihara.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang