Anak dituduh terlibat kes kematian Zara Qairina, keluarga buat laporan polis

LAHAD DATU – Seorang lelaki menafikan keterlibatan anak perempuannya, Nurul Qurratu Aini Muhammad Yasim dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Muhammad Yasim Abdul Samad berkata, gambar yang dimuat naik oleh pengguna akaun sebuah berita menerusi TikTok mendapat perkongsian ramai sebelum dipadam.

“Saya bapa kepada pelajar ini (berbaju merah jersi Sabah) menafikan sekeras-kerasnya fitnah ke atas anak saya yang cuba dikaitkan dengan kes Zara Qairina. 

“Anak saya bersekolah di sana pada tahun 2022 (Tingkatan 1) sehingga 2024 (Tingkatan 3) dan pada awal 2025 anak mendapat tawaran dan berpindah sekolah ke Kolej Vokasional Lahad Datu sehingga kini,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin. 

Yasim memaklumkan satu laporan polis dibuat isterinya sejak 8 Ogos lalu dan telah mendapat permintaan maaf daripada pengguna asal, bagaimanapun, masih ada beberapa individu yang masih menyebarkan gambar anaknya sehingga kini. 

Justeru, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat saman sivil kepada mana-mana individu yang cuba mengaitkan anaknya dengan kes terbabit. 

“Saya juga berharap kepada semua agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar dan tularkan,” ujarnya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000