26 warga Bangladesh gagal masuk Malaysia melalui ‘counter setting’

PUTRAJAYA – Pasukan Pemantau Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya mematahkan percubaan membawa masuk 26 warga Bangladesh secara tidak sah melalui sindiket counter setting semalam.

Unit Komunikasi Korporat (AKPS) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, kesemua warga Bangladesh itu berjaya dipintas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 ketika tiba awal pagi semalam menerusi dua penerbangan dari Dhaka.

Menurutnya, kesemua mereka dipintas oleh Pasukan Pemantau AKPS sebaik sahaja keluar dari pesawat dan diiringi ke Pejabat Operasi AKPS KLIA 1 untuk proses semakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati mereka tidak memenuhi syarat untuk memasuki Malaysia dan cuba memasuki negara ini menggunakan alasan yang meragukan.

“Pihak AKPS KLIA kemudiannya mengambil langkah pantas dan tegas dengan mengeluarkan arahan untuk kesemua mereka dihantar pulang ke negara asal pada penerbangan seterusnya,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, AKPS berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat antara Unit Risikan dan Pasukan Pemantau AKPS KLIA1 dalam mengekang kemasukan pelawat berisiko tinggi yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam negara.

“Tindakan tegas seperti ini akan diteruskan sebagai sebahagian daripada komitmen memperkukuh kawalan sempadan negara, khususnya di pintu masuk utama seperti KLIA,” katanya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta