MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan tinggi dalam tempoh 24 jam.

Langkah itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi membendung penularan berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah sebelum ia tersebar secara meluas.

“Bagi kandungan berkeutamaan tinggi seperti penipuan kewangan, kandungan terbabit hendaklah dijadikan tidak boleh diakses dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan penilaian, pengesahan dan tindakan lanjut dilaksanakan,” menurut jawapan bertulis kementerian di Dewan Rakyat pada Khamis.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai mekanisme kerajaan mengawal penyebaran berita palsu dan maklumat salah, khususnya dalam tempoh kritikal sebelum kandungan tersebut tular.

Kementerian turut memaklumkan bahawa sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Mei 2026, MCMC telah mengemukakan 63,215 permohonan penurunan kandungan kepada penyedia platform digital, dengan 54,626 kandungan atau 86 peratus berjaya diturunkan.

Selain penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerajaan turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pelancaran Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) pada 28 Januari 2025 bagi membantu orang ramai menyemak kesahihan maklumat dengan lebih pantas.

Sehingga 31 Mei lalu, AIFA yang menyokong portal Sebenarnya.my telah memproses 197,403 mesej, bersamaan purata 404 mesej sehari, manakala sebanyak 1,016 artikel semakan fakta diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Mei 2026.

Dalam usaha memperkukuh literasi digital, Kementerian Komunikasi turut melaksanakan Kempen Internet Selamat di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti di seluruh negara.

Sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 1,938 program telah dianjurkan dengan penyertaan 2,136,941 peserta.

“Kerajaan komited membendung penyebaran berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan ekosistem digital negara,” menurut kementerian itu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun