Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu operasi pada 8 Julai lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam operasi itu, manakala sebuah kereta Proton Iswara bernilai kira-kira RM3,000 turut disita kerana dipercayai digunakan dalam kegiatan sindiket berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu mula aktif sekitar Jun 2026 dengan suspek berperanan sebagai ‘runner’ yang menerima arahan daripada individu atasan sindiket menerusi aplikasi Telegram.

“Suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah melalui urusan tanpa bersemuka sebelum menghantar bekalan ke lokasi yang diarahkan menggunakan kaedah ‘contactless delivery’. Tempahan dadah pula dibuat oleh pelanggan melalui panggilan telefon, WhatsApp dan WeChat.

“Suspek dipercayai menerima bayaran RM7,000 bagi setiap tugasan dan dijanjikan imbuhan sehingga RM15,000 untuk mengambil serta menghantar bekalan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

Mohamad Zainal berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine, manakala rampasan 55kg dadah itu dianggarkan mampu digunakan oleh kira-kira 275,000 penagih, sekali gus berjaya menghalang pengedaran dadah dalam jumlah yang besar ke pasaran.

Beliau berkata suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, PDRM Sarawak akan terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh, agresif dan bersepadu bagi mengesan, memburu serta menumpaskan sindiket pengedaran dadah.

“Strategi ‘Tiada Hari Tanpa Tangkapan’ akan terus diperkasakan bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibanteras secara berkesan, khususnya di Sarawak,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO