Saya tidak ada ‘anak buah’ di sekolah yang dimaksudkan – Armizan

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragis melibatkan seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustapha, Limauan baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, beliau menyelar tindakan pemimpin Parti Warisan, Helena Chua yang didakwa cuba menimbulkan persepsi negatif melalui pertanyaan yang berunsur fitnah dengan motif politik.

Tegasnya, jangan cuba berselindung di sebalik ‘pertanyaan’ untuk menularkan berita palsu dengan motif politik.


“Cara ini tidak dapat menyelesaikan kes, jauh sekali berlaku adil kepada arwah mangsa dan keluarga.

“Saya tidak ada ‘anak buah’ di sekolah yang dimaksudkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Armizan turut menyuarakan kebimbangan terhadap penyebaran mesej-mesej berunsur fitnah yang boleh mengelirukan rakyat dan menggugat ketenteraman awam.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk buat tindakan yang sewajarnya.

“Buat laporan polis? Saya pun tidak tahu apa tindakan selanjutnya kepada beberapa laporan berunsur fitnah terhadap saya yang telah dilaporkan sebelum ini sejak berbulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politiknya, Ghazali Hajiji, dalam kenyataan berasingan pada Jumaat memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan polis terhadap satu hantaran TikTok oleh pengguna bernama ‘saka_merah7’ yang didakwa menyebarkan fitnah dengan niat jahat.

“Sebagai Setiausaha Politik kepada YB Menteri, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan fitnah dan tuduhan ini tidak terus tersebar dengan penafian yang jelas,” katanya.

Ghazali turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan dalam situasi duka yang dialami oleh keluarga mangsa.

“Dalam keluarga Allahyarhamah menghadapi dugaan yang amat berat ini, tidak perlulah ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menabur fitnah untuk ‘public defamation’ bagi tujuan politik,” ujarnya.

Ghazali turut menyifatkan tindakan sedemikian sebagai mencemar kematangan landskap politik Sabah.

“Cukup-cukuplah, we are better than this. Kepada yang membuat fitnah ini, laporan saya ini supaya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000