MyFood 2026 platform strategik perkukuh sistem makanan negara

KOTA KINABALU – MyFood 2026 bakal menjadi platform strategik negara dalam memperkukuh sistem makanan yang lebih mampan, berdaya saing dan berdikari sejajar dengan aspirasi keterjaminan makanan sebagai tanggungjawab bersama.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, MyFood 2026 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu akan menjadi pentas pertemuan pelbagai pihak, dari pemain industri, usahawan muda hingga penyelidik dan pembuat dasar.

“MyFood 2026 akan menjadi pentas penting bagi mempertemukan pelbagai pihak, dari pemain industri, usahawan muda hingga penyelidik dan pembuat dasar.

“Ia bukan sahaja menampilkan rangkaian produk makanan dan minuman tempatan malah akan membina hubungan silang sektor yang mampu mengubah cara kita memandang dan membangunkan sistem makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pra Pelancaran MyFood 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Jelasnya, MyFood tidak harus menjadi sekadar ekspo jualan namun ia juga akan menjadi platform pemindahan ilmu, melalui forum, seminar dan kolaborasi pelbagai agensi, yang menyemai pendekatan ‘slow food’ berasaskan warisan, kelestarian dan pemprosesan berskala kecil.

Arthur berkata, pendekatan diambil dalam penganjuran acara itu selaras dengan amalan negara maju seperti Itali dan Jepun yang telah lama menyokong petani kecil dan mempromosikan pengeluaran serta penggunaan makanan tempatan.

“Sistem makanan lestari yang dibina bukan sahaja lebih sihat kerana bebas daripada pengawet berlebihan, tetapi juga lebih berdaya tahan kerana rantaian bekalannya yang dekat, cekap dan berasaskan tempatan.

“Pendekatan ini terbukti berjaya di negara-negara maju dan kini tiba masanya untuk Malaysia mengambil peranan sebagai peneraju di rantau ASEAN dalam membangunkan sistem makanan yang lebih lestari,” ujarnya.

Justeru itu, KPKM menyambut baik kerjasama The International Cafe and Beverage Show (ICBS) dalam penganjuran MyFood 2026.

“Semoga MyFood 2026 menjadi medan memperkasa pengeluar makanan tempatan agar keunikan kesinambungan produk makanan warisan negara kita terus terpelihara dan dikembangkan,” tambahnya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN