UMNO yakin rakyat Kedah mahu lakukan perubahan kepimpinan

ALOR SETAR – UMNO yakin rakyat Kedah semakin bersedia untuk melakukan perubahan kepimpinan negeri demi menjamin masa depan yang lebih stabil dan terurus.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas melalui tempoh yang penuh cabaran dan ketidaktentuan, rakyat Kedah kini semakin sedar keperluan memilih kepimpinan yang benar-benar mampu menjaga kebajikan serta hala tuju negeri.

“Apa yang dilihat oleh rakyat Kedah selama dua tahun ini? Saya berdoa dan berharap ia akan berubah. Bukan mudah untuk melakukan perubahan secara drastik, tetapi tidak mustahil untuk kita berubah.

“Insya-Allah Kedah akan kembali berada di dalam kepimpinan yang lebih baik dan boleh jaga rakyat sebenarnya. Faham? Tidak faham pun tidak apa,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dan Belia Luar Bandar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menzahirkan harapannya, agar rakyat terus berusaha dan beriltizam untuk memperjuangkan perubahan secara konsisten dan menyeluruh.

“Kalau kita berhasrat untuk mengadakan perubahan… melakukan perubahan dan terus berusaha untuk melakukan perubahan, perubahan itu akan datang kepada kita dalam waktu yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata, peranan rakyat negeri ini penting dalam memastikan perubahan yang mereka inginkan itu berlaku pada masa hadapan dan membuat pilihan bijak.

“Saya yakin yang berada di dewan ini mendengar ucapan saya dan ia secara langsung di seluruh Kedah ini akan memahami hasrat ini dan Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar