Pengumuman penghargaan oleh PMX bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat

PENAMPANG – Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas merupakan bukti keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat negara ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad berkata, pengumuman itu membuktikan kerajaan hari ini benar-benar prihatin terhadap nasib rakyat terutama golongan yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup.

“Antara pengumuman utama yang mendapat perhatian rakyat ialah SARA untuk SEMUA iaitu Pemberian tunai RM100 secara one-off melalui MyKad kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang.

“Nilai ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang sedang bergelut dengan ekonomi seperti belia luar bandar, penoreh, peniaga kecil dan ibu tunggal ia sangat besar ertinya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Hasrat MADANI di Kivatu Nature Farm, di sini, pada Sabtu.

Milus berkata, pengumuman yang amat dinanti-nantikan iaitu penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter juga akan mengurangkan beban pengguna dan memberi makna selain cuti umum tambahan 15 September sempena Hari Malaysia.

Tambah Milus, kerajaan juga memperbanyak Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara sebagai usaha mencerminkan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan masyarakat luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat menjadi duta maklumat bertanggungjawab yang menyampaikan kebenaran, memerangi fitnah dan menyuburkan nilai MADANI dalam komuniti masing-masing.

Mengulas mengenai program Hasrat MADANI, Milus berkata, ia merupakan platform komunikasi rakyat dan kerajaan sebagai usaha merakyatkan dasar dan menyampaikan maklumat secara langsung, tepat dan mudah difahami kepada komuniti peringkat akar umbi.

“Kehadiran semua membuktikan bahawa masyarakat kita cakna, peduli dan bersedia untuk memahami dasar kerajaan secara langsung, bukan sekadar daripada media sosial,” ujarnya.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar