Penduduk diseru mohon, kerajaan pertimbang wujud NADI Segama

LAHAD DATU – Kerajaan bersedia mempertimbangkan pembinaan pusat kemudahan internet seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di mana-mana lokasi yang menunjukkan keperluan dan permohonan termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama.

Susulan itu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal menyeru agar permohonan perlu dimajukan daripada penduduk sebagai langkah awal menilai potensi kawasan terbabit.

“Pertama kita kena ada permohonan daripada masyarakat setempat yang rasanya memerlukan perkhidmatan internet ini kemudian Pejabat Daerah untuk rujukan.

“Bila pihak kementerian Komunikasi buat keputusan, mereka akan rujuk kepada Pejabat Daerah data seperti bilangan penduduk, persekitaran, dan tahap kelajuan internet yang diperlukan,” katanya kepada media selepas Dialog bersama belia Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM) di Hotel De Leton, di sini, pada Sabtu.

Menurut Yusof, permohonan itu boleh dibuat secara terus ke pejabatnya untuk diangkat kepada kepada Kementerian Komunikasi.

Mengenai dialog berkenaan, Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, sesi itu bagi memahami dan menyantuni keperluan masyarakat berbilang kaum di Segama agar mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Ini adalah untuk saya fahami sebarang perkembangan daripada komuniti ini sama ada tentang pekerjaan mereka, keusahawanan mereka menerusi ruang interaksi.

“Dalam keadaan masyarakat berbilang kaum ini, kadang-kadang ada juga yang terlepas pandang.

“Maka itu saya ingin melihat bahawa mereka tidak segan silu ke depan dan berbincang dengan saya supaya saya boleh memahami keperluan masyarakat yang ada di kawasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof turut menyeru agar masyarakat Lahad Datu cakna dengan perkembangan teknologi disamping mengambil peluang memperkasa kemudahan terbabit.

Beliau berkata, masyarakat boleh memanfaatkan kemudahan Ruang Daya Cipta (RDC) di Kolej Vokasional Lahad Datu yang dibangunkan Kementeriannya bagi memberi akses teknologi dan latihan kepada komuniti setempat.

“RDC ini terbuka kepada awam dan MOSTI akan membantu mereka yang memerlukan akses kemudahan tersebut,” katanya.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM