AMK Sabah sambut baik penghargaan PMX, beri manfaat besar kepada anak muda

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman penghargaan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat memberi manfaat besar kepada anak muda.

Menurut Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus, pengumuman ini bukan sahaja bersifat simbolik, tetapi juga membuktikan iltizam politik Kerajaan MADANI.

Jelasnya, pengumuman tersebut mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan dasar yang bersifat menyeluruh dan menyentuh realiti hidup keseluruhan masyarakat, khususnya anak muda.

“AMK Sabah melihat bahawa inisiatif-inisiatif yang diumumkan membawa pendekatan sentuhan mikro, iaitu langkah-langkah langsung dan praktikal yang memberi impak besar kepada kehidupan seharian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Hilmie berkata inisiatif seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas serta penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter membuktikan iltizam Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat, khususnya golongan muda.

Jelasnya, pengumuman itu memberi impak langsung kepada anak muda Sabah yang bergantung kepada kenderaan sebagai pengangkutan utama dan dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

“Hal ini adalah bukti bahawa kerajaan memahami corak hidup rakyat marhaen dan bertindak mengurangkan beban secara berfokus dan adil,” katanya.

Tambah beliau, dasar ini membuktikan kerajaan memahami corak hidup rakyat marhaen dan komited terhadap keadilan ekonomi serta reformasi berjiwa rakyat.

Dalam pada itu, Hilmie berkata pimpinan AMK Sabah termasuk Ketua-Ketua AMK Cabang seluruh Sabah percaya, ini adalah satu lagi bukti bahawa Kerajaan MADANI benar-benar komited dalam menjayakan agenda reformasi yang bersifat menyeluruh dan berjiwa rakyat. 

“Melihat anak muda Sabah sebagai sebahagian daripada generasi pewaris negara, mesti diyakini dan diberikan ruang dalam pelaksanaan dasar. 

“Golongan ini bukan lagi kelompok pinggiran, tetapi peneraju pembangunan inklusif dan pelaksana kepada dasar yang progresif,” ujarnya.

Related Posts

Debat politik: Ujian keberanian dan kebijaksanaan seorang pemimpin

MEMALUKAN….Tindakan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang menolak cadangan untuk berdebat dengan calon Pakatan Harapan, Dr. Maszlee Malik, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, khususnya pengundi muda. Bagi kelompok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suruh penyokong undi BN, Pas amalkan politik ‘parasitik strategik’ demi kuasa

JOHOR BAHRU – Langkah Pas memberi arahan kepada penyokong parti memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) dan menolak calon Pakatan Harapan (PH) disifatkan ‘parasitik strategik’ yang bersifat jangka pendek,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

Semangat kejiranan penting perkukuh keselamatan, kesejahteraan komuniti

Semangat kejiranan penting perkukuh keselamatan, kesejahteraan komuniti

Generasi muda diseru lindungi warisan budaya, alam sekitar

Generasi muda diseru lindungi warisan budaya, alam sekitar

Maritim Malaysia rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di Sandakan

Maritim Malaysia rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di Sandakan

44 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sandakan

44 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sandakan