Generasi muda diseru lindungi warisan budaya, alam sekitar

SEMPORNA – Seluruh komuniti khususnya generasi muda diseru terus menjadi penjaga sekali gus melindungi warisan budaya dan alam sekitar yang menjadi khazanah penting negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah memiliki warisan budaya yang kaya, biodiversiti yang luar biasa serta komuniti yang masih mengekalkan nilai dan tradisi yang diwarisi sejak sekian lama.

Katanya, gabungan ketiga-tiga elemen Itu merupakan kelebihan kompetitif yang tidak dimiliki oleh banyak destinasi lain di dunia.

“Jika budaya dipelihara, identiti kita akan terus kukuh. Jika alam sekitar dipelihara, sumber kehidupan dan sektor pelancongan kita akan terus berkembang.

“Apabila kedua-duanya bergerak seiring, maka kita bukan sahaja mampu mengekalkan relevansi warisan ini, malah menjadikannya sebagai kekuatan strategik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan imej Sabah di persada dunia,” katanya berucap pada Majlis Penangguhan Regatta Lepa Semporna kali ke-31.

Menurut Jafry, pemeliharaan budaya dan alam sekitar bukan sekadar tanggungjawab kerajaan tetapi menuntut penglibatan aktif masyarakat sebagai pemilik sebenar warisan terbabit.

“Pelancong yang datang ke Sabah bukan sahaja ingin melihat keindahan alam semula jadi atau menyaksikan persembahan budaya.

“Mereka mahu merasai pengalaman yang autentik, memahami kisah di sebalik sesuatu budaya dan menyaksikan bagaimana masyarakat tempatan hidup dalam keharmonian bersama alam sekitar,” ujarnya.

Justeru katanya, usaha memelihara warisan budaya tidak akan berjaya tanpa pemeliharaan alam sekitar kerana laut yang bersih, ekosistem marin yang sihat, terumbu karang yang terpelihara serta biodiversiti yang kaya merupakan sebahagian daripada warisan yang perlu dipertahankan bersama.

Mengulas lanjut, Jafry menyifatkan Regatta Lepas sebagai contoh terbaik bagaimana warisan budaya boleh diterjemahkan menjadi produk pelancongan bertaraf antarabangsa tanpa mengorbankan nilai, keaslian dan identitinya.

“Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, budaya bukan lagi sekadar simbol tradisi, tetapi telah menjadi aset strategik yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, memperkukuhkan perpaduan sosial serta meningkatkan daya saing sesuatu destinasi pelancongan.

“Inilah model pembangunan budaya yang perlu terus kita perkukuhkan di Sabah,” jelasnya.

KePKAS juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memperkukuhkan promosi, meningkatkan kualiti penganjuran dan memperluaskan penglibatan komuniti supaya manfaat ekonomi, sosial dan budaya yang terhasil dapat dinikmati secara lebih inklusif oleh rakyat Sabah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok