‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

KOTA SAMARAHAN – Pameran seni bertemakan Spirit of the Horses and Hornbills berjaya merentasi sempadan budaya antara Sarawak dan Inner Mongolia menerusi paparan 52 karya seni di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha UNIMAS melengkapkan generasi muda dengan kemahiran bagi memacu ekonomi kreatif.

Menurutnya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, inisiatif tersebut selari dengan matlamat untuk meningkatkan keterlihatan budaya 27 kumpulan etnik Sarawak di persada global.

“Kita juga mengalu-alukan kedatangan delegasi dari China untuk merasai sendiri keunikan budaya ini dan membawa pulang kraf tangan tempatan sebagai kenangan,” katanya ketika berucap merasmikan pameran tersebut pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Petronas atas tajaan korporat yang mencerminkan komitmen teguh syarikat itu terhadap pemeliharaan budaya dan kreativiti global.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, pameran hasil gabungan 23 karya Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FACA) dan 29 karya institusi China itu berjaya direalisasikan dalam tempoh singkat.

Jelasnya, ia dizahirkan hanya dalam masa dua bulan selepas lawatan rasmi beliau ke Inner Mongolia pada April lepas, sekali gus mencerminkan kepercayaan dan penyelarasan utuh antara kedua-dua institusi.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan simbolik China Ambassador Scholarship kepada 30 pelajar UNIMAS bagi program mobiliti ke negara tembok besar itu.

“Kita juga berharap agar kerajaan Sarawak dapat mewujudkan Sarawak Global Mobility Scholarshipbagi membolehkan lebih ramai pelajar mendapat perspektif global, kerana pengantarabangsaan diukur melalui peluang yang dicipta, bukan sekadar jumlah perjanjian yang ditandatangani,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kolej Vokasional dan Teknikal Universiti Pertanian Inner Mongolia (VTC-IMAU), Profesor Wang Yao menyifatkan gabungan simbol ‘kuda’ dan ‘burung enggang’ membina sebuah jambatan seni yang kukuh antara kedua-dua wilayah.

“Kuda melambangkan kebebasan dan daya tahan masyarakat nomad Inner Mongolia, manakala burung enggang mewakili keharmonian serta kepelbagaian budaya di Sarawak. Ia membuktikan bahawa seni tidak mengenal sempadan,” jelasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok