44 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sabah di sekitar daerah ini pada Jumaat.

Operasi menerusi Ops Sapu itu melibatkan 13 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Sandakan dan dilaksanakan bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara.

Menurut kenyataan Imigresen Sabah, seramai 84 individu telah diperiksa dalam operasi berkenaan sebelum 44 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Filipina membabitkan 10 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu, pada Ahad.

Siasatan awal mendapati semua individu yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Imigresen Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin, khususnya yang melibatkan isu keselamatan dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Imigresen Sabah turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi membantu usaha penguatkuasaan pihak berkuasa.

Foto: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan