Titah Adendum wajar dilaksanakan

KUANTAN – Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan bahawa dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan, maka adalah wajar titah itu dilaksanakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO Pahang turut menyambut baik serta menyokong kenyataan dibuat 160 Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara yang memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan Titah Adendum berkenaan.

Dalam masa yang sama, UMNO Pahang menjunjung setinggi kasih di sisi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengabsahkan Titah Addendum berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Perkara itu turut diperjelas melalui warkah rasmi baginda diutuskan kepada Naib Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yang juga anakanda Najib pada 2 Disember 2024.

“Warkah baginda secara tidak langsung turut mengabsahkan afidavit dikemukakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya sebagai Naib Presiden UMNO dalam prosiding mahkamah terdahulu, yang sebelum ini diketepikan atas alasan `hearsay,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Pahang, malam tadi.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO Pahang juga merakamkan penghargaan atas keterbukaan dan kesediaan Perdana Menteri untuk bertemu dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik terhadap isu ini.

Mengulas lanjut mesyuarat berkenaan, beliau berkata, antara perkara dibincangkan ialah persiapan jentera UMNO Pahang untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Selain itu, langkah awal menghadapi kemungkinan bencana banjir yang dijangka melanda Pahang juga dibincangkan dalam mesyuarat malam ini,” katanya.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok