Ketua Pemuda UPKO puji langkah kerajaan perkasa kawasan luar bandar

TELUPID –  Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Nasional, Felix Joseph Saang menyambut baik pengumuman beberapa inisiatif penting oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan memberi manfaat langsung kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar termasuk Beluran.

Felix berkata, antara pengumuman utama yang mendapat perhatian rakyat ialah pemberian sumbangan tunai RM100 kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas, penurunan kadar bil elektrik, cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia serta peluasan Program Jualan Rahmah ke seluruh negara termasuk kawasan pedalaman.

“Pengumuman ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri untuk mendahulukan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, khususnya golongan B40 dan M40 yang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Bantuan tunai RM100 walaupun kelihatan kecil mampu membantu keluarga berpendapatan rendah di luar bandar menampung keperluan asas seperti makanan, susu anak atau minyak kenderaan,” katanya yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran dalam kenyataan media pada Rabu.

Selain itu, katanya, penurunan kadar bil elektrik dilihat sebagai langkah bijak untuk memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan caj utiliti yang meningkat, sekali gus memberi impak besar kepada pengguna luar bandar yang selama ini tidak menikmati kadar elektrik yang stabil atau murah.

Beliau turut menyambut baik pengisytiharan cuti umum sempena Hari Malaysia sebagai simbol penyatuan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini merasakan tarikh 16 September kurang diberi perhatian.

Tambah Felix, peluasan Program Jualan Rahmah ke kawasan pedalaman pula berupaya mengurangkan kos belanja harian rakyat selain meningkatkan kehadiran kerajaan di peringkat akar umbi.

“UPKO Bahagian Beluran, khususnya di daerah Telupid, bersedia memainkan peranan sebagai rakan pelaksana termasuk membantu mempromosikan serta mengkoordinasikan Program Jualan Rahmah agar sampai ke kampung-kampung terpencil dan bukan hanya tertumpu di bandar,” katanya.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa pendekatan berfokus rakyat itu akan terus diperkasa kepimpinan negara demi memastikan tiada yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Related Posts

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

KUANTAN – Pengundi kali pertama (Undi18) dilihat memainkan peranan penting dan terus menjadi fokus penyumbang utama kemenangan parti bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, pelbagai pendekatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan