Perhimpunan Agung PGRS, penentu arah PRN17 Sabah



KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bakal mengadakan perhimpunan agung selama tiga hari bermula daripada 25 sehingga 27 Julai, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, perhimpunan kali ini dianggap sangat penting sebelum ‘bertempur’ dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

“Nanti saya akan meluahkan segala intipati semasa perhimpunan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-36, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Sementara itu, Hajiji turut berkata partinya sudah mengadakan beberapa kali perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Ya, kami telah berbincang beberapa kali. Antaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua PH. 



“Jadi, saya rasa kami akan membuat keputusan terakhir dan kami akan mengumumkan bila masanya datang,” katanya.

Tambahnya, beliau bakal mengadakan perbincangan secara formal terutamanya dalam pembahagian kerusi.



“Kita mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan sekarang ini. Kerajaan Negeri iaitu PH dan GRS,” katanya.


Katanya lagi, GRS akan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah kerana kestabilan politik itu amat penting.

“Bukan semata-mata menang pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya, kita mesti ada kestabilan politik. 



“Dari situ, baru kita boleh merancang dan juga membangunkan negeri kita,” katanya ketika ditanya berkenaan adakah GRS akan bergerak sendiri.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM