Kejohanan Golf Kaamatan kumpul dana beli mesin hemodialisis Hospital Lahad Datu

LAHAD DATU – Kejohanan Golf Kaamatan yang melabuhkan tirai pada Ahad bertujuan untuk pengumpulan dana membeli kemudahan mesin hemodialisis bagi keperluan pesakit di Hospital Lahad Datu.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merangkap Pengerusi Penganjur, Datuk Victor Sanjos berkata, kejohanan ini bukan sekadar acara tahunan tetapi satu platform menyatukan masyarakat sambil menyumbang kepada kebajikan.

“Kita main golf untuk kesihatan, persahabatan dan harapan. Harapan kepada mereka yang sakit juga harapan untuk Sabah yang lebih sihat dan bersatu.

“Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis bagi pesakit yang amat memerlukan,” katanya kepada media di sini, pada Ahad.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu itu disertai 160 peserta dari Keningau, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu selain mendapat sokongan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Kejohanan itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan etnik tempatan seperti Kadazandusun, Kokos dan Dusun Begahak sejajar dengan semangat sambutan Pesta Kaamatan.

Dalam pada iti, Victor turut mengumumkan rancangan untuk menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan yang berteraskan kesihatan, kebajikan dan kebudayaan.

Katanya, sambutan luar biasa dan komitmen tinggi daripada peserta, penaja dan penyumbang membuktikan semangat kerjasama dan prihatin dalam kalangan masyarakat masih kukuh.

Sementara itu, Yang Dipertua ASEAN Chamber of Commerce and Industry (ACCI) Sabah Chapter, Datuk Nordin Ening menyifatkan kejohanan itu menjadi titik permulaan kepada inisiatif kebajikan jangka panjang.

“Mesin hemodialisis di Lahad Datu masih tidak mencukupi. Program ini adalah permulaan untuk membantu kerajaan menambah fasiliti kesihatan penting.

“Kejayaan penganjuran membuktikan sukan boleh menjadi platform berkesan untuk menyemai semangat perpaduan dan keprihatinan komuniti.

“Ramai peserta tampil menyumbang secara spontan sepanjang kejohanan. Ia membuktikan kekuatan sebenar masyarakat Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow