Buli siber ancaman nyata terhadap kesihatan mental remaja

ISU buli siber semakin membimbangkan apabila dilaporkan memberi kesan trauma jangka panjang terhadap kesihatan mental remaja dan belia.

Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Normadiyana Abdullah, komen negatif dan ugutan dalam talian kini menjadi pencetus utama gangguan emosi serius dalam terutamanya kalangan generasi muda.

“Komen negatif dan ugutan dalam talian memberi impak trauma jangka panjang terhadap individu, khususnya remaja dan belia.

“Tidak seperti buli fizikal yang mungkin terhad kepada ruang dan masa tertentu, buli siber berlaku secara berterusan, boleh dijejak semula, dan diperbesarkan melalui jaringan media sosial tanpa sempadan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Normadiyana turut menegaskan bahawa komen yang bersifat penghinaan terhadap rupa paras, keupayaan, status sosial atau maruah seseorang, serta ugutan terhadap keselamatan diri, mampu mencetuskan kesan psikologi mendalam seperti kemurungan, serangan panik, fobia sosial dan trauma pasca tekanan (PTSD).

Beliau berkata, kajian terkini menunjukkan remaja yang menjadi mangsa ugutan dalam talian berisiko dua kali ganda mengalami pemikiran membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Trauma ini bukan bersifat sementara, malah boleh berlarutan sehingga dewasa, menjejaskan keyakinan diri, kestabilan emosi dan fungsi sosial seseorang.

Beliau turut merujuk beberapa kajian pakar yang membuktikan hubungan langsung antara buli siber dengan peningkatan gangguan mental dalam kalangan remaja.

“Masyarakat perlu memahami bahawa trauma siber bukan sekadar isu teknologi atau disiplin media sosial. Ia kini menjadi krisis kesihatan mental yang perlu ditangani dengan intervensi awal, sokongan profesional, dan persekitaran digital yang empati. Trauma maya itu nyata, dan implikasinya amat realiti,” tegas beliau.

Justeru, Normadiyana menyarankan agar pendekatan literasi emosi dan pendidikan keselamatan digital diperluas dalam sistem pendidikan serta diperhebat menerusi kempen berterusan di semua lapisan masyarakat.

Katanya, inisiatif ini penting untuk membentuk pengguna media sosial yang lebih berhemah, beretika dan bertanggungjawab dalam ruang digital yang semakin kompleks.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu