PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PARIS Saint-Germain (PSG) menewaskan Bayern Munich 5-4 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara yang penuh dramatik awal pagi tadi, sekali gus muncul perlawanan dengan jaringan terbanyak pada tahap itu dalam sejarah pertandingan.

Khvicha Kvaratskhelia dan Ousmane Dembele masing-masing meledak dua gol ketika PSG membawa bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Allianz Arena minggu depan.

Babak pertama berlangsung penuh dramatik apabila Harry Kane meletakkan Bayern di depan menerusi sepakan penalti sebelum Kvaratskhelia menyamakan kedudukan dan Joao Neves meletakkan PSG di depan di Parc des Princes.

Michael Olise kemudian menjadikan kedudukan 2-2, namun penalti Dembele pada masa kecederaan babak pertama memastikan juara bertahan itu kembali mendahului.

Kvaratskhelia dan Dembele sekali lagi menemui sasaran selepas rehat untuk menjadikan kedudukan 5-2 sebelum Bayern bangkit menerusi Dayot Upamecano dan Luis Diaz.

Kapten PSG, Marquinhos menyifatkan aksi itu sebagai antara perlawanan terbaik pernah disertainya.

“Saya pasti semua pencinta bola sepak amat menikmati perlawanan ini. Ia benar-benar menyeronokkan dan inilah jenis perlawanan yang kami impikan sejak kecil,” katanya.

PSG kini mempunyai kelebihan menjelang aksi timbal balik di Munich, lokasi mereka membelasah Inter Milan 5-0 pada final musim lalu.

Namun Bayern tetap yakin mampu bangkit di laman sendiri.

“Kami terus berjuang dan kembali menghidupkan peluang. Saya fikir kedua-dua pasukan bertahan dengan baik walaupun ada sembilan gol,” kata Kane.

PSG kini memburu status sebagai pasukan kedua era moden Liga Juara-Juara yang berjaya mempertahankan kejuaraan, manakala Bayern mahu kembali ke final buat kali pertama sejak 2020.

Related Posts

Tewaskan Brentford, United selangkah ke Liga Juara-Juara musim depan

MANCHESTER United semakin hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara selepas gol Casemiro dan Benjamin Sesko membantu mereka menewaskan Brentford 2-1 awal pagi tadi. Casemiro meletakkan United di depan pada awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa. Langkah itu selari dengan potensi besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan