Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, berkata lawatan turun padang dilakukan bagi meninjau sendiri perkembangan semasa projek berimpak tinggi itu, selain memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di kawasan terjejas.

Menurut beliau, projek sepanjang 25 kilometer dengan kos keseluruhan hampir RM559 juta itu telah memulakan kerja selepas pemilikan tapak pada 23 Julai 2024 dan menjadi antara inisiatif penting dalam mengurangkan risiko banjir yang sering membelenggu penduduk sekitar Sungai Muar setiap kali musim hujan lebat.

“Lawatan ini penting untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan, selain mendengar taklimat teknikal daripada pihak pelaksana mengenai kemajuan serta cabaran semasa projek,” katanya.

Tambah beliau, antara skop utama projek termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, pelebaran dan pendalaman sungai, selain pembinaan laluan pintasan (bypass) serta benteng bagi mengawal aliran air secara lebih sistematik dan berkesan.

Beliau menjelaskan, apabila siap sepenuhnya pada Julai 2029, projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 22,000 penduduk, khususnya di Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh dan Kampung Chodan.

“Ini bukan sekadar projek teknikal, tetapi melibatkan keselamatan dan kehidupan harian rakyat. Kita mahu pastikan ia benar-benar berfungsi seperti yang dirancang,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja siap mengikut jadual, malah mampu menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Related Posts

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

BATU PAHAT – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meluluskan peruntukan khas berjumlah RM1.8 juta bagi menaik taraf kemudahan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), sekali gus memperkukuh perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan