Walaun! Sepatutnya Turun Muhyiddin, bukan Turun Anwar

SEBELUM sibuk mengajak rakyat turun ke jalanan untuk berhimpun mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ahli Pas atau mesra disapa walaun patut bermuhasabah dan merenung kembali sejarah gelap kepimpinan sendiri dan Perikatan Nasional (PN).

Kalau ada sesiapa yang patut dipertanggungjawabkan menyebabkan Pas dan PN terus digelar pembangkang hari ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Ironinya, walaun seolah-olah lupa siapa sebenarnya yang menyebabkan mereka terperosok ke kerusi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketika Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menitahkan penubuhan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara, Muhyiddin selaku Pengerusi PN menolak secara terbuka.

Beliau tidak boleh menerima dengan perasaan berjiwa besar malah enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) meskipun titah itu daripada raja yang memayungi demokrasi negara. Hasilnya, PN terlepas peluang menjadi sebahagian daripada kerajaan dan terus menjadi pembangkang sehingga hari ini.

Lebih membingungkan, ketika PH menang 82 kerusi dan PN hanya 73, Muhyiddin tetap mahu diangkat sebagai Perdana Menteri. Sedangkan secara asas demokrasi, gabungan yang memperoleh kerusi terbanyak patut diberi peluang membentuk kerajaan terlebih dahulu dan jawatan Perdana Menteri menjadi milik gabungan itu.

Namun, ketamakan kuasa telah menutup segala ruang logik dan akhirnya menghumban PN ke luar lingkaran kuasa dan Pas menjadi ‘walaun tersakiti’ yang meraung merintih di media sosial setiap hari.

Mungkin walaun terlupa atau terbuai dengan gula-gula Muhyiddin. Masih ingatkah walaun pada peristiwa malam selepas PRU, Muhyiddin tampil dalam sidang media dengan penuh yakin dengan mendakwa bahawa Istana Negara telah menghubungi beliau untuk membentuk kerajaan.

Penyokong digula-gulakan, media disajikan persepsi kemenangan. Namun ternyata semuanya palsu. Lebih parah, dakwaan itu dibuat sekitar jam 3 pagi, waktu di mana pintu pagar Istana Negara pun sudah ditutup. Ia menjadi bukti jelas bahawa taktik politik murahan digunakan demi meraih simpati dan momentum.

Namun yang lebih memalukan adalah bagaimana beliau memperdayakan sekutunya sendiri khususnya Pas. Presiden Bersatu itu memomokkan bahawa PN sudah cukup sokongan untuk membentuk kerajaan, walhal beliau tahu bahawa Akta Anti Lompat Parti telah mula berkuat kuasa.

Hampir semua parti telah meminda perlembagaan dalaman masing-masing kecuali Bersatu, justeru mustahil bagi mana-mana Ahli Parlimen untuk ‘melompat’ menyokong PN.

Malangnya, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terjerat dengan permainan ini sehingga dengan penuh yakin mengisytiharkan kepada umum, “Kami dah cukup jomlah bentuk kerajaan.”

Kenyataan itu kemudiannya menjadi bahan ketawa seluruh negara apabila terbukti PN sebenarnya tidak memiliki angka yang mencukupi.

Kelmarin, Muhyiddin buat hal lagi dengan Pas. Beliau mengadakan pertemuan dengan semua parti-parti pembangkang kecuali Pas untuk membentuk gagasan merentasi parti.

Pas sebagai parti pembangkang terkuat dan memiliki paling ramai ahli seperti dipinggirkan dalam agenda Muhyiddin. Ibarat ada tak menambah tiada tidak berkurang.

Adakah walaun masih tidak sedar dan masih mahu mengangkat Muhyiddin sebagai nakhoda yang memimpin gabungan pembangkang? Itu belum lagi dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang sebelum ini kecewa apabila Muhyiddin tidak berbincang dengan parti itu perihal memilih calon Perdana Menteri gabungan pembangkang.

Dalam keadaan ini, adakah wajar himpunan jalanan ditujukan kepada Anwar yang naik secara sah melalui titah Agong dan proses perlembagaan?

Atau lebih munasabah jika kritikan itu ditujukan kepada pemimpin yang telah berkali-kali memperdayakan penyokong dan memperjudikan kestabilan negara demi kepentingan peribadi?

Sebelum sibuk menuding jari ke arah Anwar, para penyokong PN dan Pas wajar terlebih dahulu bermuhasabah. Jika benar mahukan perubahan, mereka perlu berani mengakui kesilapan dalam rumah sendiri. Kalau mahu turun ke jalan, lebih afdal mulakan dengan Himpunan “Turun Muhyiddin” dahulu.

“Walaun! Kenapa mahu turunkan Anwar sedangkan Muhyiddin yang sepatutnya diturunkan.”

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman