Tipu maklumat mohon kad pengenalan, warga emas didenda RM6,000

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika memohon kad pengenalan untuk seorang kanak-kanak.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdah Said, 65, dan memerintahkan dia dipenjara selama 10 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdah didakwa memberikan maklumat palsu dalam butiran material semasa membuat permohonan kad pengenalan 12 tahun seorang kanak-kanak dengan menggunakan sijil kelahiran anaknya.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter JPN Negeri Pahang dalam daerah Kuantan pada jam 9.49 pagi, 28 September 2012.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, dan boleh dihukum mengikut peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Abdah yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan atas alasan dia sudah berusia, tidak bekerja dan mempunyai tiga anak.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa JPN, Mohammad Yusaini Yunan memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kesalahan itu bersifat serius kerana membabitkan dokumen rasmi negara.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda